Pemanasan Joule

Pemanasan joule, juga dikenali sebagai resistif, rintangan atau pemanasan Ohmic adalah proses apabila laluan arus elektrik melalui konduktor menghasilkan haba.Hukum pertama Joule, juga dikenali sebagai hukum Joule-Lenz,[1] menyatakan bahawa kuasa pemanasan yang dihasilkan oleh konduktor elektrik adalah sebanding dengan pendaraban rintangannya dan kuasa dua arus:Pemanasan joule mempengaruhi keseluruhan konduktor elektrik, tidak seperti kesan Peltier yang memindahkan haba dari satu persimpangan elektrik ke persimpangan elektrik yang lain.